Maklumat Am

DATA IKLIM

Pusat Iklim Nasional merupakan pusat khidmat pembekalan data-data meteorologi yang dicerap oleh stesen-stesen permukaan. Terdapat 2 jenis kaedah pencerapan iaitu secara konvensional atau secara automatik bergantung kepada kategori stesen pencerapan. Antara elemen meteorologi yang dicerap adalah hujan, suhu, angin, tekanan aras laut, kelembapan relatif, sejatan, sinaran global dan pencerapan awan. Terdapat 3 jenis laporan pencerapan yang dibekalkan kepada pelanggan iaitu; laporan pencerapan setiap jam, laporan pencerapan harian dan laporan pencerapan bulanan.

DATA SAINS ATMOSFERA

Data sains atmosfera merangkumi data pengukuran kualiti udara dan komposisi atmosfera yang memberi kesan kepada keadaan ekosistem. Data-data tersebut adalah terdiri daripada maklumat zarah -zarah terampai, kandungan kimia air hujan, kandungan kimia pemendapan kering, profil ozon, sinaran Ultra-Ungu (UVB) dan lain-lain. Pemantauan dan pencerapan data-data ini dijalankan di stesen-stesen pemantauan utama Jabatan Meteorologi Malaysia di seluruh Malaysia.

DATA RAMALAN

Membekalkan ramalan cuaca laut dan darat di seluruh negara. Membekalkan amaran/nasihat keadaan cuaca di laut dan di darat bagi seluruh negara.

DATA MARIN

Membekalkan data parameter marin (arah angin, laju angin, cuaca, ketinggian ombak, tempoh ombak, arah alun, tempoh alun, ketinggian alun dan suhu permukaan laut) yang telah berlaku di perairan negara. Membekalkan ringkasan mawar angin atau ombak yang telah berlaku di perairan negara. Membekalkan laporan keadaan cuaca laut yang telah berlaku di perairan negara.

DATA RADAR 

Data dan imej untuk radar cuaca dengan kekerapan setiap 10 minit. Data dan imej untuk radar cuaca merangkumi sembilan (9) lokasi Stesen Meteorologi Radar (SMR) di seluruh negara iaitu di Alor Star, Subang, Kluang, Kuantan, Kota Bharu, Sandakan, Kota Kinabalu, Bintulu dan Kuching. Imej gabungan turut disediakan untuk kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta seluruh Malaysia.

DATA SATELIT

Data dan imej untuk satelit meteorologi dengan kekerapan setiap 10 minit. Data dan imej untuk satelit meteorologi daripada satelit geopegun Himawari dari Negara Jepun.