Soalan Lazim

  • 1. Di manakah data-data iklim boleh diperolehi?

    Data-data iklim boleh diperolehi dari Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

  • 2. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon data-data iklim?

    Permohonan data-data iklim hendaklah dimohon melalui myMETdata atau mengunjungi kaunter di Tingkat 3, Pusat Iklim Nasional, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

  • 3. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk proses pembekalan data selepas permohonan dibuat?

    Permohonan akan diproses dalam masa 3 - 5 hari waktu bekerja. Data-data iklim yang dipohon akan dibekalkan dalam masa 1 hari waktu bekerja setelah pembayaran diterima.

  • 4. Apakah jenis data-data iklim yang boleh dipohon dari MetMalaysia

    Data-data iklim yang boleh dipohon adalah seperti data setiap jam, data harian, data bulanan, ringkasan data, data nilai tambah, data udara atas dan peta kilat. Manakala, parameter yang boleh dibekalkan adalah seperti data hujan, data suhu, data kelembapan bandingan, data angin, data sinaran suria, data awan, data ketampakan, data tekanan purata aras laut, data sejatan dan data udara atas.

  • 5. Apakah cara pembayaran data iklim yang dipohon?

    Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

    1. Bayaran melalui perbankan internet (Maybank2u atau CimbClicks) dibuat secara terus tanpa nombor akaun. Cara pembayaran:

      Maybank2u: >Login >Pay Bills >Payee List >e-government>Jabatan Meteorologi Malaysia >isi maklumat yang diperlukan

      Cimbclicks: >Login >Pay Bills >Open Billers > type "Jabatan Meteorologi Malaysia" >isi maklumat yang diperlukan

    2. Pembayaran melalui Bank Draft atau wang pos di atas nama KETUA PENGARAH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA.

      Bank draf atau wang pos tersebut perlu dihantar/dikurier ke alamat Jabatan seperti yang di bawah:

      Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia,
      Jalan Sultan,
      46667, Petaling Jaya
      Selangor Darul Ehsan

      Data akan dibekalkan setelah maklumat bayaran diterima.

  • 6. Bilakah waktu urusan pembelian data melalui kaunter?

    Waktu pejabat sahaja tidak termasuk cuti umum

    Isnin – Khamis :

    8:00 pagi – 1:00 petang
    2:00 petang – 4:00 petang

    Jumaat :

    8:00 pagi – 12:00 tgh hari
    3:00 petang – 4:00 petang